Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempelawa pelabur dan ahli perniagaan Amerika untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Beliau turut mengalu-alukan mereka terutamanya syarikat fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik.